Saturday, December 26, 2009

How i overcome my smoking addiction

Hari ini saya akan menceritakan guideline untuk berhenti merokok. Semua faham yang merokok boleh membawa pelbagai-bagai penyakit seperti COPD, TB, cancer peparu dan lain2 lagi. ia juga boleh mendorong ke kancah penyalahgunaan dadah. Walaupun rokok makin mahal tetapi ramai dikalangan perokok tetap merokok. Tabiat merokok merupakan tabiat yg susah untuk dihapuskan tetapi boleh dihapuskan atau dikurangkan. Saya harap ape yg disampaikan dapat la beritahu kepada diri sendiri, abang, teman hidup atau parent yg masih merokok.

Bagaimana saya mula merokok?

Pada suatu hari semasa form 5 di sekolah menengah kebangsaan skudai, masa da nak balik rumah so tunggu kat bas stop untuk naik bas tambang, kerana stress belajar, stress aktiviti kokurikulum, dan melihat awek diminati dingorat oleh orang lain:
"salam, dik mintak rokok sebatang, aku nak try merokok"
"eh betul ke ni, ambik la satu"
aku pun hisap........ tapi tak la bes sangat
setelah peristiwa tu aku ade hisap beberapa kali baru la dapat 'FEEL'

Bagaimana kantoi dengan mak ayah?

"Eyan!Eyan" mak aku panggil
"Ye mok, ado gapo?"
"Baju Eyan Mok basuh lam mesin basoh, tengoh2 basuh tu Mok nampok ado bendo terapung lam mesin basuh, nampok mace kotak rokok"
"Yo ko?, ore lain punyo tu, tah lagumano bleh masuk lam seluar Eyan"
Tapi selepas tu memang la kantoi, satu famili tau.

Bagaimana berhenti merokok?
Process ini mengambil masa yang lama. saya sendiri mengambil masa lebih kurang 4 tahun.

Rule 1 - keazaman dan matlamat
Saya telah setkan untuk berhenti merokok walaupun tiap2 hari merokok. Walaupun termerokok, saya tetap tak putus asa kerana saya percaya saya akan berhenti suatu hari nanti. Saya azam untuk berhenti merokok. I keep saying to myself that "I will stop smoking". ulang dalam hati setiap kali merokok.

Rule 2 - kurangkan sedikit demi sedikit
Hari ni saya hisap 5 batang. minggu depan saya hisap 4 batang sehari. Kurangkan sedikit demi sedikit supaya rasa gian tu dapat dikawal. kadang2 bile mengurangkan hisap rokok secara drastik akan menyebabkan 'binge' iaitu hisap rokok secara banyak pada suatu masa. So elakkan perkara ini kerana ia boleh reset balik quantiti yang anda hisap kepada quantiti asal.

Rule 3 - gantikan dengan benda lain
ini saya namakan 'distraction'. alihkan tumpuan dan fikiran anda kepada benda lain. Saya akan beli coklat atau gula2 untuk mengawal gian. walaupun coklat mahal tapi ia lagi murah berbanding sekotak rokok. setiap kali ada rasa gian ambil tindakan ini. main computer game pun boleh. anda perlu cari perkara yang dapat alihkan tumpuan anda.

Rule 4 - takutkan diri anda
takutkan diri anda dengan penyakit2 dan masalah2 yang disebabkan oleh merokok. bagi lelaki, selalu ingat yang sperma anda semakin kurang apabila merokok. girlfriend boleh la takutkan boyfriend anda dengan perkara ini. qualiti sperma dan telur akan rosak apabila merokok.

Rule 5 - dorongan yg tiada berhenti
bagi la dorongan kepada orang yg disayangi untuk berhenti merokok. walaupun yang degil, nasihat la dari semasa ke semasa dan jangan putus asa. percaya la mereka akan berhenti suatu hari nanti. psycho diorang, ugut diorang. "ko tak ikut cakap aku, ko tak sayang aku ke?". "kalau baby tak cube berhenti merokok, kite clash lah". contohnye. gunakan kekreatifan anda.

Rule 6 - doa setiap hari
kalau kite yakin dan doa setiap hari, Allah will help u in a magic way. Tiada daya dan upaya hanyalah daya dan upaya Allah SWT. Allah lah yg mencampakkan rasa untuk berhenti dan ia akan datang.

Rule 7 - respect other people
my favourite rule. hormatilah orang lain yang tidak merokok atau tidak suke anda merokok. janganlah hisap rokok di sekitar mereka especially budak kecil. fahamilah mereka kenapa mereka tidak suka rokok. dengan tidak merokok, anda telah buktikan kasih sayang anda.


*bagi yang ade pengaruh kawan, cube control merokok, walaupun tetap merokok tapi kurang kan lah sampai kurangkan sampai sehari 1-2 batang tu pun da ok.



Selamat berjaya
Walallahualam

4 comments:

  1. Pengakuan ikhlas tue pian...
    Pengalaman sebenar yang dikongsi harap dapat diambil & digunakan oleh mrk yg berkenaan..

    ReplyDelete
  2. erm. sbnrnye ramai da tau. jd tak kisah la

    ReplyDelete
  3. yan, patut ade satu lg option, g smoking stop clinic.

    ReplyDelete
  4. ak tak pg pun clinic tu. mgkn bgs gak

    ReplyDelete